Ain Najwa's tutorial blog. Feel free to take anything. Do not re-tuto~

+ Follow Tutorials Freebies Resources Refresher


Tutorial : Transparent header
Sunday 25 November 2012
Assalamualaikum & Hello kepada non-muslims.

Tutorial kali ini berkaitan 'transparent header' gaya saya. Mula-mula terasa malas nak buat tuto ni tapi dah dapat ilham nak buat macam mana kan? Nak buat header ni WAJIB ada photoscape or adobe photoshop tak kiralah versi apa pun. Tutorial saya guna adobe photoshop cs4..kalau tak ada lagi, boleh download kat SINI.

Okay let's start ^^
 
1. Dah download adobe photoshop? Hah. kita buka lah adobe photoshop tu. Then tekan FILE > OPEN. Pilih image yang anda nak jadikan header.

2. Step kedua ni kita nak crop image itu biar ada dot-dot disekeliling image yang mahu dijadikan header. Tengok image dekat bawah ni ya. Korang ikut step kat dalam gambar ini ya sebab letihlah nak tulis tiap-tiap satu. Korang pun susah nak faham ayat berbelit-belit saya ni. HAHA


3. Bila dot-dot tu dah cantik molek berada disekeliling image, korang buat step ketiga pulak. Tengok picture dibawah :


4.Step keempat ni korang kena buat betul-betul. Lebar dan ketinggian tu biarlah bersesuaian dengan blog kita. Biar dia fit betul-betul. Korang wajib buat TRANSPARENT kalau nak header transparent lah .


5. Ada tak keluar layer kosong yang ada petak-petak kecik tu? Kat situ lah korang akan letak image korang ada dot-dot tu. Tengok kat bawah untuk lebih detail :


6.Setelah korang buat step 5 tadi, beginilah hasilnya. Image dot-dot itu telah pun dibawa ke layer baru. Korang baca dan ikut step dibawah ye. Step ketiga dalam image kat bawah ni kalau korang tak buat pun tak apa. Itu cuma untuk MENGHIAS semata-mata.


7. Step ketujuh ni, kita nak tulis sesuatu pada header tu. Kalau korang tak ada font yang comel-comel, boleh download di SINI . Tak pandai nak download? Tanya kemudian ^^ Ikut step dibawah kalau tak faham :


8.Step ini atas kretiviti anda. Biasanya saya letak 'watermark' saya pada hasil seni saya. Kalau korang nak cuba, boleh tengok picture ini. 


9. Dah puas hati ? Okay, ini step saya tunjuk cara-cara nak save header korang. PERHATI baik-baik okay?


Done! Dah siap header saya. Macam inilah hasilnya ^^ Comel tak? HAHA, tak secomel yang korang buat kan?

Okay. Selamat mencuba! Ada pape pertanyaan, boleh tanya di foxyform saya. Okay, bye!

NEWER
PAST