Untuk Semua Dosaku
Saturday, 8 December 2012
Assalamualaikum WBT. *waving*
Ah hai kepada semua bloggers yang setia bersengkang mata menghadap laptop sambil layan lagu jiwang karat pada tengah-tengah malam ni. No wonder lah, remaja memang burung hantu. Tehee :D Saya sekarang ni pun macam burung hantu jugak, dah nak pukul tiga dah ni. Sebenarnya, saya nak buat luahan hati. Baru tadi saya baca sebuah novel yang sangat-sangat best sampai buat saya insaf merenung kesilapan lampau saya. Nak cakap insaf tu belum lagi lah. Saya sangat-sangat mengharap untuk menemui hidayah-Nya. Dalam novel Untuk Semua Dosaku banyak sangat dia menekankan berkaitan dengan seorang hamba Allah yang pada mulanya terpesong akidah nya akhirnya berjaya melawan nafsu duniawi dengan mendekati diri kepadaNya. Beliau jugak berjaya menarik rakan-rakannya ke arah kebenaran iaitu cahaya Ilahi.
Entahlaa.. saya bukan nak berlagak baik, nak cakap saya alim jauh panggang dari api. Malam ni saya menangis, menangis sehabis daya. Saya tahu saya banyak khilafnya.. Saya inginkan perubahan, perubahan kearah kejayaan dunia dan akhirat. Mungkin orang di luar melihat saya dari pandangan berbeza. Bagi saya, kalau penghijrahan hanya berlaku dari segi pemakaian tiada gunanya. Kalau saya nak kata saya pakai jubah, siap bertutup rapi lagi, salah tu. Saya cuma insan biasa, tapi sekurang-kurangnya aurat saya ada yang terjaga, cuma tangan sukar nak ditutup. Tapi insyaAllah saya akan berusaha.
Bagi saya, perubahan dari segi fizikal tiada gunanya kalau kita tak berusaha kembali ke pangkal jalan. Saya sentiasa mengambil remeh berkaitan solat. Ya, saya solat cukup setiap waktu, tapi persoalannya, adakah solat saya diterima? Saya sentiasa lalai mengerjakan ibadat yang satu itu. Sentiasa melambat-lambatkan solat. Ya Allah, banyaknya dosaku.. Saya tahu saya akan exam besar tahun 2013 ini. Tapi, saya bukannya memohon hidayah semata-mata nak exam. Saya mahukan hidayah untuk sepanjang hayat saya. Allah SWT sentiasa menyayangi hambaNya yang taat kepadaNya. Walau banyak mana dosa yang seorang manusia buat, jika dia benar-benar bertaubat, dosa-dosa itu akan terhapus jika Allah benar-benar menerima taubat kita.
Masalahnya, macam mana kita nak menghadapi orang disekeliling kita? Walaupun kita tidak mendapat sokongan dari orang lain, jangan berputus asa. Kita perlulah sentiasa berdoa agar Allah SWT permudahkan jalan untuk kita. Sebagai seorang sahabat, kita perlulah sentiasa memberi sokongan kepada sahabat kita yang ingin berubah, bukannya memandang serong dan mengejeknya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku.. terlalu banyak aku mungkari perintahMu Ya Allah..
Sekadar renungan bersama. Semoga Allah bukakan pintu hatiku. Sahabat, doakan kejayaan saya dalam mencari kemanisan iman..