Ain Najwa's tutorial blog. Feel free to take anything. Do not re-tuto~

+ Follow Tutorials Freebies Resources Refresher


Law
Tuesday, 21 January 2014

Info dari laman facebook oleh Ilani Jamal

Asslammualaikum adik2 sekalian sejak saya pos pasal kos undang2 semalam macam2 soalan saya dapat dari awak semua. Serious saya cakap, saya lansung tak ekspek ramai rupanya yag berminat untuk masuk jurusan undang2. Ok disni saya akan jawab semua soalan yang adk2 tanye semalam yg saya tak sempat nak jawab..
Sifat apa yg perlu ada dalam diri untuk ambl law? Jawapan saya jadi je diri sendiri, cuma kerajinan nak belajar tu penting la. Keberanian nak cakap kat depan, public speaking skill, debate tu semua akan develop sendiri time awak belajar nanti.

Ada yang tanya saya, saya ambl law apa. Kalau awak ambl degree nanti awak tak perlu pilih lagi awak nak jadi criminal lawyer ke, sivil lawyers ke land lawyers etc.. Macam ni, dlam degree law (LLB) awak akan belajar semua. Sivil, criminal, lands law etc (tapi still ada certain law yang awak kena pilih as subjek tmbhan, tapi tak pe tak pnting pon kat sini).. so for adik Nur Iman Haneul, kalau awak minat law mintak je dulu. Awak nak jadi lawyer apa tu awak boleh pikir time degree nanti sebab awak kena belajar semua bidang utama undng2 kecuali syariah. Ok jelas tak?

Dan yang terakhir.. huhuhuu soalan yang paling best jadi lawyer "sebelah kaki ke neraka", "jadi lawyer kerja tolong orang jahat". "Bahaya pulak tu". Ok this is 100% from my personal opinion. Bagi saya, apa pun tu bergantung pada individu. Sebelah kaki ke neraka? statement ni banyak membuatkan orang pndang serong pada lawyers. Tapi dia tak penah pikir seorang peguam/hakim islam itu sedang menjalankan fardu kifayah. Banyak kes berkenaan agama islam yg kalau semua orang pikir lawyer tu jahat akan menyebabkan umat islam tu sendiri ditindas oleh agama lain khususnya dekat Malaysia sebab kebanyakan lawyer adalah non muslim, siapa nak bela nasib orang islam di mahkamah? Kalau awak rajin awak boleh tengok kes Dalip Kaur dan Lina joy. Bayangkan kalau kes2 ni dihandle oleh orang bukan islam memang kesudahan nya menyedihkan. Bagi saya, kalau awak betul bercita2 nak jadi lawyer yg jujur ia adalah satu jihad. 
Bahaya ke tak jadi lawyer tu saya rasa kita kena tawakal. Tapi jadi lawyer bukan la bahaya mana pun. Saya ada seorang senior yang bekerja dengan Kapal Singh sekarang dan kebanyakan kes dia handle adalah kes dadah dan kalau ikutkan kita dengar memng macam bahaya tapi setakat ni dia cakap tak ada apa2 pon. Ok je. Awak naik kerata hari2 tu lg bahaya.

Last thing I want to say.. Hahahaa kalau awak nak kaya jadi lawyer memang boleh buat awak kaya. Tapi kalau ikut pengalaman lecturer dan senior2 saya, awak tak akan ada life. Keluar rumah tak jumpa matahari, balik rumah pon tak jumpa matahari. So basically your life is just work. Tapi poket tebal la.
NEWER
PAST