Ain Najwa's tutorial blog. Feel free to take anything. Do not re-tuto~

+ Follow Tutorials Freebies Resources Refresher


Pros and Cons Setiap Undergraduate Path
Tuesday, 21 January 2014
There's some advice & opinion from Sis Syazana Nazura at the facebook.

Assalamualaikum,

Ni akak copy & paste something yang orang lain post dalam group SBP'94 masa tahun lepas. Moga membantu. [kalau pasal pathway nak ke university abroad, macam A-Levels, AUSMAT, A-Levels semua, insyaAllah nanti akak update]

Ditulis oleh: Afary Ahmad

Cikgu PLKN ak bgitao, ak post aje...(ak tau sbp standard upu je tpi bace gak arr tok ilmu)...

PERHATIAN UNTUK KAMU YG BARU DAPAT RESULTPanjang cket r, tp korg bace je la ye...

Actually, tempat kita nak belajar seperti universiti atau kolej hanyalah menyumbang bawah dari 20% dari pencapaian kita. Selebihnya adalah dari ini inisiatif kita termasuklah 'nasib'. Kalau usaha plus nasib plus minat plus rezeki kita tu baik, maka, gempak lah result kita. Kalau tak, memang tak ah.Secara simplenya, Pra-Universiti = Tamhidi = Asasi = Foundation = Matrikulasi = Form 6. Most of them adalah A level yang kita mungkin tak boleh guna langsung untuk dapatkan pekerjaan. So, macam mana nak bezakan antara mereka semua? Senang je:

MATRIX
1.Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
7.Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

ASASI/FOUNDATION
1.Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)
8.Pilihan lebih luas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree (Pro)

DIPLOMA
1.Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
3.Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra) (mende ni leh jdi Super Contra kalo kome leh pikir psal 'dunia so sial' kat Malaysia ni camne)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.
8.Pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree telah ditetapkan, jadi tak boleh nak tukar ke bidang lain (Contra)

TAHMIDI (USIM shj)
1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

FORM6
1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
7.STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).
8.Anda perlu bersaing dengan non-bumiputra. (Super Contra)

SIJIL
1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
5.Aku tak rekomen korang ambil Sijil

P/S:Dah abeh da, pesanan dri ak, pkir elok2 sbb ni mase dpan, jgn pikir sonok je, pikir psal kluarge yg bkal kite tggung nnti, tggungjwab n so on, senang cite mase dpan la. jgn ikut kawan, ikut minat sndiri, rajin2 btanye org, pergi program msuk u ke ap bende, n last but not least, usaha n tawakkal 2 pentin.(4 muslim) Istikharahlah byk2, biaq kita dcmpak kat mane un, Allah is always by our side, InsyaAllah :). Peace yo!!

NEWER
PAST